Tuesday, 30 May 2017

UITM DENGKIL

PART 1 : FIRST DAY 

24/5/2017 Tamatlah riwayat hidup jobless aku kira kira 1/2 year jugalah aku tanam anggur. Agak sedih sebab...............

AKU DAH NAK MASUK UNIVERSITI DAH T.T

Apa kaitan tajuk first day dengan aku? ha memang banyak kait dia. kau lek jap aku nak ambik mood XD

first and foremost ;
Alhamdullilah result SPM aku okaylah walaupun tak straight As (dan aku tak target pon)
tapi cukuplah buat aku bahagia sebabnya aku tak struggle mana pon macam 24 jam belajar je. so kira berhasillah usaha aku selama ni :))))

kenapa aku pilih asasi law di uitm dengkil?

kenapa tak matriks perakaunan di matriks gambang? *yang ni memang plan B aku kalau tak dapat one of foundation yang aku apply.

kenapa tak masuk program diploma Uni Malaya? *program swasta der. celah mana aku nak korek dapat duit. Even bawah UM.

Kenapa tak ambil peluang keemasan masuk belajar di Uni Teknologi Petronas sedangkan kau dapat tawaran pergi sana? *ni pon uni swasta. but high class sebab sangat diiktiraf di peringkat global.and also ranking Uni swasta yang pertama di Malaysia.  I mean worldwide recognition university. Aku tolak sebab swasta duit wei duit dan juga jarak dari rumah aku ke perak. JAUHHHHH. kalau lah UTP ni ada kat KL confirm dah aku setuju nak pergi sana T.T


WHY WHY AND WHY.
too much reasons why I made up my mind to pursue my studies in foundation of law.

-tiap kali aku berdoa, aku selalu berdoa kalau aku dapat salah satu asasi yang aku pilih dalam upu tu, so ya I will go for it. but if, aku dapat diploma, I will go for matriculation.Tapi takdir Allah tu pasti, aku percaya yang Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri ini.Mungkin Allah nak rehatkan otak aku setahun drpd tengok nombor dah kot. mana tak nya, sengsara 2tahun asyik nombor nombor nombor. aku pon bukan experts sangat dalam akaun, numbers. hanya insan biasa tak mampu A+, but still i manage lah to get A in SPM.

-Aku suka membaca. Hidup aku dengan buku. Dan juga subject sejarah adalah yang aku paling suka since form 1.

-aku memang nak masuk asasi. bcs it runs in my family. kakak aku asasi sains. so aku nak follow the path.

-aku nak belajar something new. outside of the box. difference perspective. barulah otak berkembang.

-aku fikir long term sebab aku nak belajar di peringkat yang lebih tinggi. Thats why I choose foundation. sebab asasi setahun je. tolak cuti apa semua 8 bulan je belajar. tapi yela, kena struggle at maximum point. momentum tu kena ada. 

asasi = fast track to degree

berbalik kepada main point aku, ALLAH MENGETAHUI APA YANG TERBAIK UNTUK DIRI AKU.
selagi aku ada kudrat nak belajar sampai Phd, aku akan belajar. Janji, impian dan niat kita nak belajar kerana Allah itu paling penting. kalau rezeki aku sampai degree, mungkin ada rezeki yang better. such as, dapat kerja elok ke, kahwin ke *AKU JOKING

-aku cenderung ke arah linguistic. I love poems, novel etc. bahasa puitis lagilah. Suka baca. Words understand better than human beings. Thats why I like :P

-aku tak nak dah belajar akaun. sebab aku tak minat. boleh je survive. tapi aku tak akan jadi experts dalam hal tu. mungkin kerja pon biasa je. tak boleh nak naik mana.Aku berani cakap sebab aku dah belajar 2 tahun kot akaun. pening dan malas dia tahap nauzubillah. ni belum lagi tak imbang imbang tu. jeng otok aku aih. tapi yela bak kata orang kalau tak minat buatlah macam mana pun still akan berada di takuk lama. Sama juga macam theory having a crush on someone. Buatlah apa apa cara pon, tak suka tu tak sukalah. tapi better kau work on yourself first before entering any kind of relationship. itu lagi bagus sebab kau tak payah nak bazir masa kau, duit kau, nak jaga perasaan orang. Berkawan dulu then kalau serious jumpalah parents. for me, it is just a polite and gentle way.*aku dah melalut ke hal lain ni


AMBIK ASASI LAW TAK SEMESTINYA KELUAR KELUAR AKAN JADI LAWYER.



aku ambik law sebab bidang law melayakkan aku untuk ambil bidang sains social,sci policy studies, admin, HR, management, bussiness and so on for my degree. and yes, aku memang ke arah itu. DAN AKU NAK KE ARAH ITUUU. since diploma dalam sistem upu tu tiada pon tawarkan bidang bidang macam ni. hanya degree je start ada.

aku tak boleh kata yang aku ni akan jadi lawyer satu hari nanti. 

bcs law is freaking hard. (budak dean list cakap)

aku fikir long term.

LAWYER? (MY PERSONAL OPINION ONLY. )
is not a job market nowadays.
kau akan bersaing dengan kaum lain yang lebih hebat pengetahuan, influency language and skills mereka.
hidup kau tidak akan pernah tenang sebab kau akan bz sentiasa ahahahaha


lebih suka bekerja di bidang yang needed skrg ni dan every and each company mmg nak career itu  such as management, sci policy studies bla bla bla.

LAINLAH KALAU AKU NI MEMANG EXPERTS DALAM LAW

-CGPA 3.8 per sem
-MUET band 4, at least
- lulus iv
barulah aku akan fikir balik future aku macam mana nanti.

well, kita masih muda freshieeee gitu. and kita tak tahu how our future would be like. The most crucial thing is, you need a back up plan in every decision that you make.

 APA APA PON, AKU NAK BUAT THE BEST THAT I CAN IN LAW. TAK JADI LAWYER PON TIDAK APA DAN NVM, SEBAB KALAU AKU TAK ACHIEVE TARGET CGPA AKU TU,AKU NAK MENYIMPANG DALAM KOS YANG RELATED JUGA DENGAN LAW OR KOS YANG BOLEH AKU PERGI. but still related with law.


...


Bila dah masuk alam U ni, first thing yang kau perlu sacrifice ialah, RUMAH KAU, BILIK KAU, KATIL KAU, DAN TVVVVVV. 

The fact is, berjauhan dengan family cannot be denied rasa syahdu wei. 

Nak nak species macam aku ni,sejak lahir sampai 17 tahun mana pernah duduk kolej. 
Masuk sekolah teknik pon ulang alik, tak masuk HOSTEL.

Sebab bagi aku, aku tak boleh hidup dengan rules school yang larang bawa gadget. Rules hal hal lain bolehlah survive, tapi part tidak boleh bawa gadget tu yang aku tak syok sangat. handphone, laptop are kinda essential things for me. Apa apa, phone juga aku rujuk.Kawan paling bijak yang pernah aku ada hahaha. 

BUT THANK GOD
Bila masuk U, kolej membenarkan pelajar mereka bawa phone, laptop and so on. Ada sedikit kebebasan di situ. Insya Allah aku tiada masalah nak survive dalam hal ini.

-bangun pagi sendiri
-beli makanan sendiri
-basuh baju sendiri
-jemur kain sendiri
-lipat kain sendiri
-kemas katil sendiri
...
kira kau survival lah, takde dah mama nak buat semua benda tu dah. belajar independent nak masuk 18 tahun ni. ihiks

OKAY NO DOUBT
aku menangis sia waktu kena tinggal dekat kolej hahahahahah
aku peluk ayah aku kalau boleh tak nak lepas
mak aku pon elelelele menangis juga masa tu
adik aku? haaa koya muka cover tak nak menangis nanti tak macho.
dalam hati siapa tahu eceh.

Act, waktu tu je aku menangis. sumpah sedih gila.
pastu aku kuatkan semangat. aku tak nak ah jadi down sebab kena berjauhan dengan family. sedangkan diorang letak harapan supaya aku belajar elok elok di sana. After that, mood aku pon dah stabil.


WAKTU MDS,
kos asasi uitm bernasib baik sebab 3 hari je MDS.
Yang lain, diploma seminggu bhai. 
 3 hari pon tak cukup tidur rabak mata iolls.
nasib balik cuti seminggu sebab hari gawai.
so, rasa homesick tu takde lah rasa hehe.

okay thats all cerita aku hari ini. Hanya mahu berkongsi pengalaman first day duduk kolej je sebenarnya. Foundation is not a honeymoon ticket and also is not a mentally abused path. I do believe that, I choose a right decision to pursue my higher study soon :) all the best dearself. xoxo



Tuesday, 9 May 2017

SM TEKNIK KUANTAN

Salam,

For the first post (newbie lagi so kasi chance lah okay), aku nak share serba sedikit pengalaman aku sebagai salah seorang budak teknik esp teknik kuantan yang aku cintai. (cewah) Tujuan aku nak post tentang sekolah aku ni pon sebab lack sangat blog blog yang cerita pasal sekolah teknik ni terutama dalam kos perdagangan ni. So, aku rasa why not aku create post kan kan kan.

BUT, ada certain perkara yang aku tidak boleh share details since aku merupakan pelajar jurusan pengurusan di teknik kuantan seperti :
  • Aku BUKAN budak jurusan SAINS TEKNIKAL di mana aku TIDAK ambil subjek LK.
  • Aku BUKAN budak yang duduk di HOSTEL since jarak rumah aku dari sekolah hanya mengambil masa 15mins sahaja pergi dan balik. Budak yang duduk di luar akan dipanggil sebagai 'budak outsider' (mengikut google translate, outsider means budak luar hahah sedikit palau).
so, apa apa yang berkait dengan subjek sains teknikal dan pengurusan asrama aku tidak tahu banyak perkara. Jadi awak semua boleh bertanyakan kepada senior or abang or kakak awak yang pernah belajar di teknik okay. SORRY.

Dalam entry ini, aku nak khususkan kepada pelajar yang akan mengambil bidang pengurusan atau perdagangan di sekolah teknik kuantan. 

Sebelum aku pergi dengan lebih lanjut, aku akan cerita sedikit tentang profil sekolah teknik kuantan.


SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Menengah Teknik Kuantan pada asalnya dikenali sebagai Technical Institute .Ia merupakan antara Sembilan buah sekolah MenengahTeknik yang terawal ditubuhkan yang pada mulanya menggunakan pengantaraan Bahasa Inggeris dalam proses  Pengajaran dan Pembelajarannya. Sekolah ini merupakan sekolah teknik yang terbesar dengan memakan belanja sebanyak RM4 juta. Dimulakan pada tahun 1966 di atas tanah seluas 4.5 hektar. Pembukaannya secara rasmi dilakukan oleh Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu, iaitu YB Encik Mohd Khir Johari pada Oktober 1967.Ia adalah sebuah sekolah yang diletakkan dibawah pentadbiran Bahagian Teknik dan Vokasional, Kementeriaan Pendidikan Malaysia.

Dimulakan dengan  pelajar seramai 63 orang dalam kursus Elektrik, 57 dalam kursus Seni Bangunan, 57 orang dalam kursus Mekanik, 28 orang dalam kursus Seni Bangunan, 17 orang dalam kursus Perdagangan dan 25 orang orang dalam kelas Peralihan. Bilangan guru pada ketika itu hanyalah 22 orang. Pengambilan pelajar pada ketika itu adalah pelajar yang mendapat kelulusan penuh di dalam Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dan mendapat kepujian dalam Ilmu Hisab dan Sains .Pelajar dikehendaki menjalani kursus yang ditawarkan selama 2 tahun sebelum mengambil peperiksaan Sijil Persekolahan Seberang Laut dan Sijil Pelajaran Malaysia.

Pengetua yang pertama sekolah ini adalah En.Wahidullah Khan yang mula bertugas sejak Januari 1966. Prasarana pada awal penubuhannya hanya  terdiri daripada sebuah bangunan kelas 3 tingkat, sebuah bangunan kelas 2 tingkat, sebuah bangunan makmal sains 1 tingkat, sebuah kantin, sebuah bengkel kejuruteraan, sebuah dewan perhimpunan, sebuah bangunan asrama putera 3 tingkat dan sebuah bangunan asrama 2 tingkat.

Tujuan utama penubuhan Sekolah Menengah Teknik Kuantan adalah untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir bagi memenuhi keperluan pembangunan negara. Semenjak penubuhannya sehingga hari ini,  SMT Kuantan telah banyak melahirkan ahli teknokrat, jurutera, akauntan dan pegawai-pegawai kerajaan yang bertugas di seluruh negara. 

*ulasan aku
Act, lebih suka dengan nama technical institute a.k.a TI (shortform) selalu budak guna TI KTN di bio ig ( HAHA ) sampai sekarang pon still relevant gelaran itu.

VISI SEKOLAH
SMT KUANTAN PENJANA TRANSFORMASI
INSAN BERTEKNOLOGI TINGGI

MOTO SEKOLAH
"THE FUTURE PROFESSIONALS START HERE"

COGAN KATA
" BERILMU, BERAMAL, BERAKHLAK "

sebarang lanjutan awak boleh klik di sini :http://e-smtkn.blogspot.my/p/profil-sekolah.html


Di teknik, tedapat dua aliran yang ditawarkan iaitu aliran kejuruteraan dan aliran perdagangan.

Aliran kejuruteraan a.k.a bahasa bakunya sains teknikal terbahagi kepada 3 kos :
  • Kejuruteraan Awam
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Elektrik
manakala, aliran perdagangan pula terbahagi kepada 2 kos :
  • Pengurusan
  • Perdagangan

SUBJEK WAJIB APABILA KITA AMBIL KOS DI TEKNIK
  • 10 SUBJEK WAJIB AMBIL
5 mata pelajaran teras (BM,BI,SEJ,PI,MA)

5 mata pelajaran elektif  
Bagi pelajar LK ; ADDMATH, PHYSICS, CHEMISTRY, LUKISAN KEJURUTERAAN 
Bagi pelajar PENGURUSAN : ADDMATH, PHYSICS, CHEMISTRY, PRINSIP PERAKAUNAN
Bagi pelajar PERDAGANGAN : ADDMATH, PERDAGANGAN,SAINS,PRINSIP                                                                           PERAKAUNAN

mana lagi satu subjek? haa sabr sat haha
Bagi pelajar LK kos awam : PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM (PKA)
Bagi pelajar LK kos mechi : PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PKM)
Bagi pelajar LK kos elec    ; PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK (PKE)
Bagi pelajar PENGURUSAN DAN PERDAGANGAN : PENGAJIAN KEUSAHAWANAN (PKU)

Bila masuk teknik ni kena determine lah sebab DEKAT SINI TIADA KOS PURE SCI YANG RELATED DENGAN BIOLOGY OKAYYYYY. dan aku salah seorang yang tak nak hadap dah subjek sains dengan lebih details haha.

pasal kos LK, tentang subjek je aku boleh bagitau ye.

OKAY,

back to our main point,

aku akan huraikan lebih lanjut tentang kos pengurusan dan perdagangan.
apa beza dua kos ni? subjek elektif yang ditawarkan yang berbeza. (tengok subjek di atas jangan malas sangat okay?!)

dan aku budak pengurusan sesi 2015/2016.

kelas aliran PD ada dua : P1 dan P2
P1 (pengurusan 1)
P2 (perdangangan 2)

selalu budak P1 dan P2 didominasi oleh pelajar perempuan. lelaki boleh kira dengan jari je. 

saban tahun, selalu budak P1 lebih sedikit pelajarnya berbanding budak P2. macam tahun aku, dalam kelas aku P1 hanya 21 orang manakala budak P2 tak silpa aku 30 lebih bilangan pelajar.

kenapa eh?
sebab bila masuk P1 awak kena struggle dua kos yang berlainan macam phy dan chemist, dan dalam masa yang sama awak perlu struggle prinsip perakaunan.
kalau P2, subjek awak lebih rilek sedikit tapi nak kata senang tak juga. banyak fakta dan otak kena strong sebab banyak membaca okay.

sebab apa aku pilih P1?
sebab aku fikir back up plan. kalau aku lebih ke arah phy dan chemist, aku boleh sambung belajar jadi engineer. kalaulah takdir kata aku hanya setakat C phy dan chemist, aku still ada back up prinsip perakaunan untuk aku melanjutkan pelajaran dalam bidang yang BUKAN KAIT DENGAN SAINS TULEN DAH.
Kalau masuk P2, pintu awak dah tertutup dah untuk melajutkan pelajaran dalam bidang sains teknikal such as engineer and so on sebab tidak belajar physics dan chemistry serta LK.

LAGI SATU, 
jadi budak P1 dan P2 ni, awak kena rajin berbanding yang lain. Tapi aku rasa tiada masalah kot lah bagi perempuan macam kita kita ni (XD)

okay dah.bye