Tuesday, 9 May 2017

SM TEKNIK KUANTAN

Salam,

For the first post (newbie lagi so kasi chance lah okay), aku nak share serba sedikit pengalaman aku sebagai salah seorang budak teknik esp teknik kuantan yang aku cintai. (cewah) Tujuan aku nak post tentang sekolah aku ni pon sebab lack sangat blog blog yang cerita pasal sekolah teknik ni terutama dalam kos perdagangan ni. So, aku rasa why not aku create post kan kan kan.

BUT, ada certain perkara yang aku tidak boleh share details since aku merupakan pelajar jurusan pengurusan di teknik kuantan seperti :
  • Aku BUKAN budak jurusan SAINS TEKNIKAL di mana aku TIDAK ambil subjek LK.
  • Aku BUKAN budak yang duduk di HOSTEL since jarak rumah aku dari sekolah hanya mengambil masa 15mins sahaja pergi dan balik. Budak yang duduk di luar akan dipanggil sebagai 'budak outsider' (mengikut google translate, outsider means budak luar hahah sedikit palau).
so, apa apa yang berkait dengan subjek sains teknikal dan pengurusan asrama aku tidak tahu banyak perkara. Jadi awak semua boleh bertanyakan kepada senior or abang or kakak awak yang pernah belajar di teknik okay. SORRY.

Dalam entry ini, aku nak khususkan kepada pelajar yang akan mengambil bidang pengurusan atau perdagangan di sekolah teknik kuantan. 

Sebelum aku pergi dengan lebih lanjut, aku akan cerita sedikit tentang profil sekolah teknik kuantan.


SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Menengah Teknik Kuantan pada asalnya dikenali sebagai Technical Institute .Ia merupakan antara Sembilan buah sekolah MenengahTeknik yang terawal ditubuhkan yang pada mulanya menggunakan pengantaraan Bahasa Inggeris dalam proses  Pengajaran dan Pembelajarannya. Sekolah ini merupakan sekolah teknik yang terbesar dengan memakan belanja sebanyak RM4 juta. Dimulakan pada tahun 1966 di atas tanah seluas 4.5 hektar. Pembukaannya secara rasmi dilakukan oleh Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu, iaitu YB Encik Mohd Khir Johari pada Oktober 1967.Ia adalah sebuah sekolah yang diletakkan dibawah pentadbiran Bahagian Teknik dan Vokasional, Kementeriaan Pendidikan Malaysia.

Dimulakan dengan  pelajar seramai 63 orang dalam kursus Elektrik, 57 dalam kursus Seni Bangunan, 57 orang dalam kursus Mekanik, 28 orang dalam kursus Seni Bangunan, 17 orang dalam kursus Perdagangan dan 25 orang orang dalam kelas Peralihan. Bilangan guru pada ketika itu hanyalah 22 orang. Pengambilan pelajar pada ketika itu adalah pelajar yang mendapat kelulusan penuh di dalam Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dan mendapat kepujian dalam Ilmu Hisab dan Sains .Pelajar dikehendaki menjalani kursus yang ditawarkan selama 2 tahun sebelum mengambil peperiksaan Sijil Persekolahan Seberang Laut dan Sijil Pelajaran Malaysia.

Pengetua yang pertama sekolah ini adalah En.Wahidullah Khan yang mula bertugas sejak Januari 1966. Prasarana pada awal penubuhannya hanya  terdiri daripada sebuah bangunan kelas 3 tingkat, sebuah bangunan kelas 2 tingkat, sebuah bangunan makmal sains 1 tingkat, sebuah kantin, sebuah bengkel kejuruteraan, sebuah dewan perhimpunan, sebuah bangunan asrama putera 3 tingkat dan sebuah bangunan asrama 2 tingkat.

Tujuan utama penubuhan Sekolah Menengah Teknik Kuantan adalah untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir bagi memenuhi keperluan pembangunan negara. Semenjak penubuhannya sehingga hari ini,  SMT Kuantan telah banyak melahirkan ahli teknokrat, jurutera, akauntan dan pegawai-pegawai kerajaan yang bertugas di seluruh negara. 

*ulasan aku
Act, lebih suka dengan nama technical institute a.k.a TI (shortform) selalu budak guna TI KTN di bio ig ( HAHA ) sampai sekarang pon still relevant gelaran itu.

VISI SEKOLAH
SMT KUANTAN PENJANA TRANSFORMASI
INSAN BERTEKNOLOGI TINGGI

MOTO SEKOLAH
"THE FUTURE PROFESSIONALS START HERE"

COGAN KATA
" BERILMU, BERAMAL, BERAKHLAK "

sebarang lanjutan awak boleh klik di sini :http://e-smtkn.blogspot.my/p/profil-sekolah.html


Di teknik, tedapat dua aliran yang ditawarkan iaitu aliran kejuruteraan dan aliran perdagangan.

Aliran kejuruteraan a.k.a bahasa bakunya sains teknikal terbahagi kepada 3 kos :
  • Kejuruteraan Awam
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Elektrik
manakala, aliran perdagangan pula terbahagi kepada 2 kos :
  • Pengurusan
  • Perdagangan

SUBJEK WAJIB APABILA KITA AMBIL KOS DI TEKNIK
  • 10 SUBJEK WAJIB AMBIL
5 mata pelajaran teras (BM,BI,SEJ,PI,MA)

5 mata pelajaran elektif  
Bagi pelajar LK ; ADDMATH, PHYSICS, CHEMISTRY, LUKISAN KEJURUTERAAN 
Bagi pelajar PENGURUSAN : ADDMATH, PHYSICS, CHEMISTRY, PRINSIP PERAKAUNAN
Bagi pelajar PERDAGANGAN : ADDMATH, PERDAGANGAN,SAINS,PRINSIP                                                                           PERAKAUNAN

mana lagi satu subjek? haa sabr sat haha
Bagi pelajar LK kos awam : PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM (PKA)
Bagi pelajar LK kos mechi : PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PKM)
Bagi pelajar LK kos elec    ; PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK (PKE)
Bagi pelajar PENGURUSAN DAN PERDAGANGAN : PENGAJIAN KEUSAHAWANAN (PKU)

Bila masuk teknik ni kena determine lah sebab DEKAT SINI TIADA KOS PURE SCI YANG RELATED DENGAN BIOLOGY OKAYYYYY. dan aku salah seorang yang tak nak hadap dah subjek sains dengan lebih details haha.

pasal kos LK, tentang subjek je aku boleh bagitau ye.

OKAY,

back to our main point,

aku akan huraikan lebih lanjut tentang kos pengurusan dan perdagangan.
apa beza dua kos ni? subjek elektif yang ditawarkan yang berbeza. (tengok subjek di atas jangan malas sangat okay?!)

dan aku budak pengurusan sesi 2015/2016.

kelas aliran PD ada dua : P1 dan P2
P1 (pengurusan 1)
P2 (perdangangan 2)

selalu budak P1 dan P2 didominasi oleh pelajar perempuan. lelaki boleh kira dengan jari je. 

saban tahun, selalu budak P1 lebih sedikit pelajarnya berbanding budak P2. macam tahun aku, dalam kelas aku P1 hanya 21 orang manakala budak P2 tak silpa aku 30 lebih bilangan pelajar.

kenapa eh?
sebab bila masuk P1 awak kena struggle dua kos yang berlainan macam phy dan chemist, dan dalam masa yang sama awak perlu struggle prinsip perakaunan.
kalau P2, subjek awak lebih rilek sedikit tapi nak kata senang tak juga. banyak fakta dan otak kena strong sebab banyak membaca okay.

sebab apa aku pilih P1?
sebab aku fikir back up plan. kalau aku lebih ke arah phy dan chemist, aku boleh sambung belajar jadi engineer. kalaulah takdir kata aku hanya setakat C phy dan chemist, aku still ada back up prinsip perakaunan untuk aku melanjutkan pelajaran dalam bidang yang BUKAN KAIT DENGAN SAINS TULEN DAH.
Kalau masuk P2, pintu awak dah tertutup dah untuk melajutkan pelajaran dalam bidang sains teknikal such as engineer and so on sebab tidak belajar physics dan chemistry serta LK.

LAGI SATU, 
jadi budak P1 dan P2 ni, awak kena rajin berbanding yang lain. Tapi aku rasa tiada masalah kot lah bagi perempuan macam kita kita ni (XD)

okay dah.bye



4 comments:

  1. Tq, maklumat di atas sangat membantu. Baru mohon untuk anak bagi sessi 2024. Tak pasti lagi dapat ke tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun baru je mohon untuk 2024. Takde pengalaman lagi mcmna gaya sek teknik ni

      Delete
  2. Cool and I have a dandy supply: How Much Remodel House home repairs contractors

    ReplyDelete
  3. Salam dik...saya baca blog ni dah lama...dah bertahun lamanya dulu abg baca...x sangka dgn takdir allah swt..anak abg diterima masuk ke teknik kuantan ini...dlm kos perdagangan..tetapi mulai 2008, tiada lg pelajar akan ambik subjek kimia ,add math dan fizik..dah xde dah semua tu dlm kos perdagangan..abg nak tanya..ok ke ambik kos perdagangan ni dik..anak abg 20hb ni mendaftar masuk....kalau boleh adik kongsikan...selepas spm adik sambung beljar kat mana,amik kos apa selepas tu...dan sekarang adik dan berkerja sebagai apa...sebagai sumber inspirasi ank abg...moga adik balas komen abg ni ye...terima kasih

    ReplyDelete